GSK does not recommend, endorse or accept liability for sites controlled by third-parties.
GSK Logo
  • COPD Choices
    • COPD Assessment Test
    • Patient’s Perspective
    • COPD Illustrations
    • Myths & Misconceptions
    • Patient resources

Lakaran kehidupan dengan COPD

Illustrasi 1: Paru-paru

Anda mungkin merasa terpaksa membawa COPD bersama anda.

Namun jangan sampai ianya membebankan.

Ramai yang berkongsi menyatakan bahawa COPD merupakan sesuatu yang sukar dihindari: “Ia bersama-sama ke mana-mana sahaja anda pergi”. Sesetengah orang berjaya memisahkan diri daripada keadaan ini: “Ianya ada namun jangan merasa dikuasai olehnya”, salah seorang mensifatkannya sebagai “makhluk dalaman”.

Pengubahsuaian cara hidup yang perlu dilakukan seringkali menjadi pengingat akan keadaan diri. Secara umumnya, ramai yang bersependapat bahawa satu hari dengan COPD yang baik adalah hari di mana anda boleh melupakannya dan meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Illustrasi 2: Mentol

Pada hari-hari baik, anda merasa ceria dan lega.

Ketahui bagaimana sesetengah daripada mereka memanfaatkan hari-hari baik sepenuhnya dan menguruskan hari-hari kurang baik .

Kebanyakan mereka memberitahu kami bagaimana mereka mempunyai hari-hari yang baik biarpun menghidap COPD. Walaupun tidak mungkin dapat melupakan sepenuhnya keadaan mereka, namun pada hari-hari baik, mereka ‘mampu meneruskan kehidupan’. Ianya seperti udara bersih, bebas, seperti langit yang cerah … anda mampu menarik nafas dalam-dalam”.

Satu kesepakatan di mana matlamat adalah untuk dapat menjalani hidup senormal mungkin, agar “Saya mampu lakukan apa jua yang orang lain lakukan”. Ramai yang berkeinginan menjalani gaya hidup lebih sihat bagi meringankan keadaan di waktu-waktu sukar, di mana mereka menggambarkannya seperti suatu bebanan atau kegelapan: “… seperti awan berarak di atas anda, awan besar yang berat”.

Illustrasi 3: Meminggir diri

COPD boleh membuatkan anda rasa lemah, sehingga ada kalanya rasa terpinggir.

Namun orang di sekeliling anda boleh membantu.

Ramai yang keberatan untuk membincangkan mengenai COPD dengan rakan, ahli keluarga dan rakan sekerja, sehingga meremehkannya atau menyembunyikan keadaan. Bukan seperti asma, ramai yang tidak pernah mendengar mengenai penyakit COPD, menjadikannya lebih sukar untuk dijelaskan:”Kebanyakan orang tahu tentang asma tetapi tidak ramai yang memahami COPD”.

Simptom-simptom yang jelas seperti batuk-batuk dan sesak nafas, serta terpaksa menggunakan ubat-ubatan di hadapan awam mendatangkan rasa malu. Ramai yang berkongsi menyatakan sokongan dan sikap timbang rasa orang sekeliling amat bernilai di dalam menangani perasaan-perasaan ini.

Illustrasi 4: Ribut

Adakalanya COPD umpama ribut di sekeliling anda.

Namun janganlah sampai ia memusnahkan perkara-perkara positif di dalam hidup.

Simptom-simptom COPD seringkali menjadi pengingat kepada keadaan kepada kebanyakan pesakit. Pesakit seringkali dilemahkan oleh simptom-simptom: “Seolah-olah bernafas dalam ombak besar yang menerjah tanpa dapat dielak.”

Namun mereka semua bersependapat bahawa mereka masih ingin menikmati kehidupan di sebalik keadaan yang mereka hadapi: “Saya tidak suka COPD mengambil alih kehidupan saya”.

Mereka mengambil pendekatan berbeza seperti mengamal senaman ringan– seperti Pilates – berjalan perlahan, pengubahsuaian diet, mempelajari teknik-teknik istirehat dan bernafas.

Illustrasi 5: Keseimbangan

Tidak mudah mengimbangi COPD dengan kehidupan normal.

Bantuan yang tepat mampu membantu anda.

Ramai yang berkongsi mereka merancang lebih awal hari-hari mereka bagi memastikan simptom-simptom mereka tidak bertambah teruk: “Anda hanya perlu berfikir lebih sedikit”.

“Anda juga harus sentiasa peka dengan persekitaran anda, iaitu anda tidak berada di kawasan yang tercemar – anda harus usahakan menikmati alam semulajadi dimana udaranya lebih segar.”

Mengendali hidup yang normal bersama COPD merupakan suatu tindakan keseimbangan, di mana ‘meneruskan kehidupan normal’ di satu belah dan pengubahsuaian yang mereka lakukan untuk menyesuaikan COPD di sebelah yang satu lagi.

MY/UCV/0054/17(1)b    04/18

Untuk maklumat lanjut, hubungi doktor atau ahli farmasi anda.

  • COPD Choices
  • GSK Corporate Site
  • Terms of Use
  • Privacy
  • Cookie Policy
  • ©2017 GSK group of companies or its licensor.
  • GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (3277-U)
  • MY/COM/0021/17   11/17